Resep Sup Ikan Merah

Resepi Sup Ikan Merah

Resep Sup Ikan Merah

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah (sederhana besar)

1 bungkus sup bunjut adabi

2 biji ubi kentang (dipotong 4)

3 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

2 keping asam gelugur

1 inci halia (diketuk)

3 batang serai (dititik)

sedikit lada hitam (dikisar kasar)

daun sup

daun bawang

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

3 ½ cawan air

Cara:

bersihkan ikan dan toskan.

Panaskan sedikit minyak kedalam periuk. tumiskan bawang merah, bawang putih berserta dengan sup bunjut.

Setelah kekuningan, masukkan air,kentang,asam gelugur ,halia,serai dan lada hitam.

Biarkan selama 3 minit diatas api yang sederhana.

Setelah mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam.

Biarkan selama 2 minit atau sehingga isi ikan itu masak.

Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang tadi.

Sedia untuk hidangan.

Cadangan Hidangan:

sesuai dimakan bersama dengan nasi.

Tambahan:

jangan biarkan ikan dimasak terlalu lama kerana ini akan membuatkan isi ikan hancur dan menghilangkan keenakan rasa ikan.

0 Response to "Resep Sup Ikan Merah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel